Pengalaman Bersalin di Wad First Class Hospital Kajang
Hai dan assalamualaikum.
Tahun lepas, 2019 merupakan tahun yang sangat bermakna untuk aku.
I got pregnant! :D
dan berjaya melahirkan anak. Alhamdulillah. Dari mula keputusan dua garis merah naik, sampailah dah nak bersalin, macam-macam jenis bahan bacaan aku selongkar pasal mengandung dan bersalin. Al maklum lah anak pertama, excited nya haruslah terlebih hehehe tapi kebanyakkannya blog lah sebab aku suka baca pengalaman orang dan sekarang aku pulak inspired nak tulis pengalaman sendiri. Jadi, hari ni aku nak kongsikan pasal wad. Wad Hospital Kajang.
Ali punya EDD 30/10/2019 tapi sebab dah overdue, doktor bagi masa seminggu sebelum kena induce. Jadi seminggu kemudian, Ali masih tak ada tanda nak keluar lagi jadi 6/11/2019 aku pergi hospital serah diri. Masa aku kat PAC Hospital Kajang, lepas cek air kencing, CTG dan VE, aku kena tunggu untuk patient lain discaj sebelum dapat katil. Masa datang, ada juga ibu-ibu lain yang tengah tunggu katil kosong. Aku datang dalam jam 3 petang, Maghrib baru dapat katil. Sebelum dapat katil, saja aku tanya "nurse, wad lain ada kosong tak?" Kalau korang tak request wad lain, nurse akan terus admit kat wad biasa. Masa tu memang rezeki aku, ada sorang dari wad kelas pertama (K1) baru discaj. Then lepas suami bayar deposit RM 800 di Unit Hasil, nurse pun bawa pergi Wad 6.
Wad K1 yang aku duduk tu bilik seorang. Walaupun bilik seorang, suami masih tak boleh teman. Bilik tu ada tandas persendirian. Sepatutnya ada air panas kat toilet tapi masa aku duduk tu, water heater dia rosak. Lepas tu ada almari dan kipas. Bilik tu tak ada air-cond. Even kau duduk bilik seorang, untuk segala rawatan dan pemeriksaan kau masih kena pergi ke bilik rawatan untuk cek CTG baby, cek bukaan VE dan masukkan ubat induce. Dekat je, tak jauh pun. Oh lupa, disebabkan pesakit terlalu ramai, dorang ada letak katil extension dekat hall way Wad 6. So depan bilik aku ada la katil-katil extension ibu-ibu yang tunggu masa nak bersalin. Surau ada di hujung bilik. Bilik ni dibersihkan 3 kali sehari oleh akak cleaner yang peramah. Sampah dalam tu memang tak sempat duduk lama pun sebab kerap cuci.
Bilik ni agak luas. Kalau masa melawat mak pak sedara mara nak datang selesa la . Tapi masa aku hari tu, aku tak bagi pun orang lain datang sebab tengah bertarung dengan kesakitan. |
Walaupun tak ada air-cond, bilik ni tak panas. 4 hari aku kat sana, 1 kali je aku on kipas tu. |
![]() |
![]() |
![]() |
Tandas pun okay dan selesa. |
Pasal makanan, aku rasa makanan dia okay. Ramai kata makanan hospital tak sedap tapi aku memang jenis yang tak memilih makanan jenis tolak batu kayu je. Makanan diberikan 4 kali sehari; sarapan, makan tengahari, minum petang dan makan malam. Air panas kalau tak silap 3 kali sehari dia sedia. Termos air kena sedia sendiri.
Servis labour room K1 sama sahaja macam kelas yang lain cuma kau kena bayar dengan harga yang lebih mahal. Hospital Kajang pada asalnya bagi suami masuk teman ibu bersalin tapi kalau masa tu terlalu ramai ibu yang nak bersalin, sampai kena buka katil extra, then masa bukaan 10 cm baru dia panggil suami masuk. Tapi masa aku dulu rezeki aku, suami dapat teman dari 4 cm sampai 10 cm sebab tak ramai orang dan aku kawtim dengan doktor.
Ali lahir dibantu dengan alat vacuum sebab heart rate dia dah terlalu laju, doktor risau dia lemas, kena keluarkan dia dengan segera. Jadi kos bersalin kat sini akan dicaj ikut wad yang kau duduk, walaupun servis, barang, dan bilik sama dengan kelas lain. Lepas Ali lahir, Ali terus masuk NICU jadi tak dapat la bonding lama. Lepas beberapa saat nurse letak atas aku, terus ambil sebab dia ada komplikasi. Lepas kena jahit bagai, nurse hantar balik ke bilik naik wheelchair dan rehat. Penat sangat sangat masa ni tapi lega 😊
Keesokan harinya, lepas doktor dah check semua okay, aku dah boleh discaj tapi tanpa bayi sebab Ali masuk NICU kena jangkitan paru-paru 😥
So untuk costing 4 hari aku kat sana, jumlah semua adalah RM1905. Pecahan kos adalah seperti di bawah:
So untuk costing 4 hari aku kat sana, jumlah semua adalah RM1905. Pecahan kos adalah seperti di bawah:
Kalau ditanya apa yang best nya duduk wad K1 Hospital Kajang, aku akan jawab dapat tandas persendirian dengan privasi masa sakit tahan contraction. Jalan ke hulu ke hilir, menangis macam apa tahan sakit haha masa ni la aku baru tau pain threshold aku rendah gila. Selainnya, aku rasa tak banyak beza pun dengan kelas-kelas lain. Oh ya, staff wad ni semua baik-baik. Especially nurse dan sister. Mesra dan cekap buat kerja 👍
So, berbaloi ke untuk ambil Kelas Pertama di Hospital Kajang? Ada yang kata TAK sebab sakit sama je tapi bayar mahal. Bagi aku semuanya bergantung kepada keperluan dan kemampuan masing-masing. Macam aku yang lahirkan anak pertama, induce, kena vacuum lagi, aku rasa okay sangat kecuali part labour room dan water heater yang rosak. Hospital Kajang punya labour room kureng sikit compare hospital kerajaan lain, mungkin sebab dia hospital lama dan bilangan patient dia ramai. Jadi kenapa aku bersalin kat Hospital Kajang? Sebab aku duduk Kajang. Kalau aku pergi hospital Serdang atau Putrajaya kesian la husband aku kena ulang alik nanti. Apa-apa pun aku bersyukur sangat dengan rahmat yang diberi Allah, dikurniakan rezeki dapat jadi ibu :D Untuk lovely readers/mommies yang bakal bersalin, aku doakan semua dipermudahkan bersalin dan diberi kekuatan untuk tempuhi semua ni. You guys are wayyyyy stronger than you think! 😘
Terima kasih sudi baca entry ni ye!
![]() |
Nah! Belanja gambar 1 day old Ali ngan Pak dia. |
Terima kasih sudi baca entry ni ye!
Comments
Post a Comment